SETIAP TEMPAHAN TERTAKLUK PADA TERMA DAN SYARAT
1. DESIGN
1.1 Design Ready Made
Pihak CN Cetak Niaga Sdn. Bhd. / HM Cetak Niaga Enterprise ada menyediakan katalog design ready made (sedia ada) bergantung pada jenis/produk percetakan yang kami tawarkan. Pelanggan boleh memilih design tersebut (jika ada) melalui mana-mana platform media sosial atau dari laman web kami. Setiap design ready made dibenarkan untuk membuat sebarang editing dari segi tulisan, grafik, warna, penggunaan gambar dan sebagainya tetapi ada sesetengah design juga tidak boleh buat editing atas faktor hak cipta atau gambar kekal.
1.2 Design Custom
Di CN Cetak Niaga Sdn. Bhd. / HM Cetak Niaga Enterprise, kami juga menawarkan servis design custom bermaksud kami akan buat design baharu atau design balik mengikut contoh pelanggan sediakan atau design mengikut kreativiti designer kami. Setiap design adalah terbatas dan terhad mengikut kemampuan designer grafik. Setiap pelanggan wajib memberikan kerjasama sepenuhnya sepanjang proses design dibuat.
1.3 Design PERCUMA
Kebanyakkan produk percetakan kami menawarkan servis design secara percuma, tetapi hendaklah mengikut syarat yang ditetapkan seperti berikut:-
A. Wajib confirm order dan membuat bayaran penuh atau deposit sebelum proses design bermula.
B. Fahami maksud design PERCUMA. Design PERCUMA hanya khas untuk confirm order sahaja, bukan ikut suka tanpa membuat sebarang tempahan.
C. Dilarang CANCEL ORDER sama sekali setelah design dimulakan. Jika ingin CANCEL ORDER juga, caj penalti RM50 akan dikenakan dan caj tersebut akan ditolak dari nilai refund.
D. Dilarang TRY & ERROR design dan pelanggan hendaklah memberikan kerjasama yang sepenuhnya sepanjang proses design untuk mengelakkan proses lambat siap dan mengganggu proses design pelanggan yang lain.
E. Jika pelanggan request untuk dapatkan copy, kami hanya benarkan copy jpg or png melalui whatsapp sahaja dan caj extra RM50 dikenakan untuk hard copy seperti format AI atau PSD.
1.4 Design BERBAYAR
Bagi sesetengah servis design secara langsung atau atas permintaan pelanggan juga memerlukan kos design asing bergantung atas persetujuan sepanjang proses urusan tempahan, tetapi syarat-syarat seperti berikut mestilah dipatuhi:-
A. Wajib confirm order dan membuat bayaran penuh atau deposit sebelum proses design bermula.
B. Dilarang TRY & ERROR design dan pelanggan hendaklah memberikan kerjasama yang sepenuhnya sepanjang proses design. Walaupun kos design tersebut dibayar oleh pelanggan, jika editing design dilakukan banyak kali akan menyebabkan banyak lagi job pelanggan lain ‘Pending’.
C. Sepanjang proses design, pelanggan mestilah memberikan kerjasama yang padu tanpa mengharapkan kreativiti designer sepenuhnya bagi mengelakkan multiple editing.
D. Design berbayar akan diberikan full Soft dan Hard copy.
E. Dilarang CANCEL ORDER sama sekali setelah design dimulakan. Jika ingin CANCEL ORDER juga, caj penalti RM50 akan dikenakan dan caj tersebut akan ditolak dari nilai refund.
F. Untuk Design Bebayar, Anda Mempunyai Hak Penuh Untuk Mendapatkan Hard Copy.
1.5 Editing Design
Di CN Cetak Niaga Sdn. Bhd. / HM Cetak Niaga Enterprise juga, kami menawarkan servis editing design tanpa had sampai puas hati tanpa sebarang caj tambahan tetapi pelanggan mestilah faham dan memberikan kerjasama sepenuhnya dalam menyiapkan design tersebut. Tetapi atas sesetengah keadaan atau jenis produk dan perkhidmatan kami mungkin akan dikenakan caj editing tambahan bergantung atas persetujuan urusan semasa.
1.6 Tempoh Design
Sila rujuk kepada pihak pengurusan CN Cetak Niaga Sdn. Bhd. / HM Cetak Niaga Enterprise untuk pengesahan tempoh design, kerana ianya bergantung atas berbagai faktor contohnya demand tempahan semasa, cuti umum dan lain-lain sebab.
1.7 Pengesahan Design (PENTING)
Setelah kami menghantar design kepada anda melalui WhatsApp, Walk-In atau sebarang jenis pengesahan, pelanggan hendaklah mengesahkan sendiri DETAIL, TULISAN, GAMBAR DAN MANA-MANA BERKAITAN sebelum kami proceed pada production. Setiap pengesahan mesti diingat sendiri atau direkod untuk rujukan jika perlu. Kami tidak akan bertanggungjawab jika ada maklumat yang silap atau typo sama ada disebabkan designer atau pelanggan sendiri. Pelanggan wajib mengesahkan semua maklumat dengan teliti walaupun detail yang diberikan kepada kami adalah betul tetapi silap designer terlepas pandang dan jika design tersebut telah disahkan secara lisan atau bertulis dan terbukti sejurus itu menjadi tanggungjawab pelanggan itu sendiri. Bagi tujuan tersebut, di CN Cetak Niaga Sdn. Bhd. / HM Cetak Niaga Enterprise kami hantarkan gambar design kepada pelanggan yang berkualiti tinggi dan jelas JPG/PNG, dimana kebanyakkan kedai-kedai percetakan lain hanya screenshot atau snap pc sahaja untuk tujuan pengesahan. Kami hanya akan bertanggungjawab jika apa yang dicetak berbeza dengan apa yang telah pelanggan sahkan .Syarat ini adalah penting dan jangan ambil mudah. Kerjasama anda amat kami hargai.
2. TEMPAHAN
Semua tempahan boleh dibuat secara online atau walkin. Pelanggan hendaklah berurusan terus dengan pihak kami tanpa melalui pihak ketiga bagi mengelakkan sebarang kekeliruan akan datang. Sepanjang tempoh urusan kami akan menggunakan aplikasi WhatsApp dan email sepenuhnya untuk tujuan Design, Invoice, Payment dan sebagainya. Untuk dapatkan harga sebenar atau quotation, sila hubungi team sales CN Cetak Niaga Sdn. Bhd. / HM Cetak Niaga Enterprise yang bertugas atas produk percetakan tersebut.
3. PEMBAYARAN
Semua pembayaran hendaklah dibuat dalam Ringgit Malaysia (RM) sahaja. Setiap tempahan hendaklah disertakan dengan bayaran pendahuluan (deposit) atau pembayaran penuh mengikut persetujuan.
Untuk tempahan bernilai RM1000 kebawah anda wajib membuat bayaran penuh dan untuk tempahan bernilai RM1000 dan keatas anda dibenarkan membuat pembayaran deposit sekurang-kurangnya 70% dan baki pembayaran 30% setelah anda menerima tempahan tetapi ianya mestilah mengikut persetujuan antara team sale dan pelanggan. Baki 30% mestilah dijelaskan dalam 1 minggu selepas tempahan diterima atau mengikut budi bicara pihak kami dan jika disebaliknya kami tidak akan teragak-agak untuk membuat tuntutan secara guaman mengikut undang-undang dan juga segala kos guaman akan ditanggung oleh pelanggan.
4. WARNA PERCETAKAN
Warna yang dipaparkan pada skrin komputer atau smartphone biasanya tidak sama sepenuhnya dengan warna produk sebenar, hal ini disebabkan teknologi skrin RGB dan percetakan CMYK adalah tidak sama. Kualiti kertas juga tidak semestinya sama pada setiap masa. Ketebalan dan tekstur mungkin sedikit berbeza dengan kertas terdahulu. Hal ini disebabkan oleh masalah teknikal pengilang-pengilang kertas. Namun begitu, pihak kami akan cuba sebaik mungkin untuk memastikan kualiti yang terbaik untuk anda.
5. TEMPOH SIAP
A. PROSES DESIGN – Setelah deposit pertama dan maklumat lengkap diterima, kami akan menyediakan draf design dalam tempoh 1-2 hari bekerja atau lebih (bergantung pada turutan order).
B. PROSES CETAKAN – Proses percetakan bergantung pada jenis/produk percetakan tertentu, sila rujuk pihak pengurusan HM Cetak Niaga CN Cetak Niaga Sdn. Bhd. / Enterprise.
6. PENGHANTARAN
Bagi kawasan Kuala Terengganu boleh pickup terus di kedai atau kilang kami. Bagi pelanggan online kami akan pos selepas pembayaran penuh diterima atau mengikut persetujuan semasa. Bagi FREE postage, kami gunakan Courier Xend, Skynet atau Citylink bergantung pada poskod pelanggan. Sistem kami akan auto generate courier mana perlu diguna untuk penghantaran mengikut poskod. FREE postage hanya sah untuk semenanjung sahaja manakala bagi Sabah, Sarawak dan luar negara caj penghanataran akan dikenakan. Bagi permintaan penggunaan lain-lain courier, caj tambahan akan dikenakan. Pelanggan juga dikehendaki memahami bahawa courier bukan dibawah kendalian kami, tetapi kami akan sentiasa monitor tempahan tersebut sampai dengan selamat.
7. RISIKO
Kami tidak boleh dipertanggungjawab diatas sebarang kerosakan dan kecacatan barang semasa proses penghantaran dibuat oleh pihak courier.
Kami tidak akan bertanggungjawab diatas apa jua kesilapan selepas dicetak jika kesalahan tersebut datang dari pihak anda sendiri. Selepas draf design dipersetujui anda sebagai pelanggan secara rasmi telah memberi kebenaran untuk kami mencetak barangan yang ditempah. Kami akan bertanggungjawab sekiranya tempahan berlainan dengan hasil draf design yang telah dipersetujui. Kami akan menggantikan yang baru atau memberi diskaun di atas kesilapan yang telah kami lakukan.
8. PEMBATALAN
Pembatalan hanya boleh dibuat sebelum proses design dimulakan. Jika proses design telah dimulakan, caj Rm50 akan dikenakan atau ditolak dari nilai penuh refund.
9. REFUND
Setiap pembatalan tempahan, akan dikenakan penalti sebanyak RM50 dan nilai tersebut akan ditolak dari jumlah keseluruhan refund. Untuk tempahan yang telah proceed ke production, tidak dibenarkan refund dan cancel sama sekali kerana ia telah melalui proses yang melibatkan kos kami. Setiap refund mestilah telah disahkan atas sebab-sebab yang munasabah. Tiada refund, jika ianya melibatkan bencana alam, delay disebabkan arahan wajib kerajaan seperti Perintah Kawalan Pergerakan PKP dan masalah yang datang dari pihak courier.
10. PENGUNAAN SEMULA
Kami berhak menggunakan design yang telah kami buat dan cetak untuk tujuan promosi sama ada dipaparkan dihalaman web dan media sosial ini ataupun diguna pakai sebagai contoh jualan. Kami juga berhak membawa contoh design pelanggan kami untuk dipamerkan di mana-mana pameran yang mungkin bakal kami sertai kelak. Perkara ini hanya sah jika ianya direka oleh pihak CN Cetak Niaga Sdn. Bhd. / HM Cetak Niaga Enterprise. Jika ianya design yang diberi atau direka oleh pelanggan itu sendiri, kami tidak akan jadikan sebagai bahan promosi kami dan merupakan hak milik pelanggan. Jika kami tersilap guna tanpa izin, sila hubungi kami untuk pembuangan dan pembetulan.
11. JAMINAN
Semua barangan yang dibekalkan oleh kami dijamin berada dalam keadaan baik mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Dan jika ada sebarang kerosakan dan kesilapan seperti dinyatakan sebelum ini, kami akan ganti semula tanpa caj tambahan. Tetapi ianya wajib disiasat terlebih dahulu sebelum kami membuat keputusan.
12. HAK DAN TANGGUNGJAWAB
Kami akan bertanggung jawab di atas segala proses pembikinan design, artwork dan draf. Pelanggan bertanggungjawab sepenuhnya untuk menyemak hasil draf yang telah kami siapkan. Pelanggan dinasihatkan menyemak keseluruhan design dengan teliti. Jika terdapat perubahan sila maklumkan. Sekiranya draf rekabentuk dipersetujui melalui email atau whatsapp, maka email atau whatsapp terakhir anda yang menyatakan persetujuan akan menjadi bukti persetujuan anda. Persetujuan melalui telefon diterima. Tetapi kami tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kesalahan yang bakal berlaku kelak samada ianya datang dari pihak kami atau pihak anda sendiri.
Perhatian kepada pelanggan: Untuk percetakan OFFSET kami tidak tunjuk dulu sebelum pos, apabila proses siap kami akan terus pack and pos. Ini adalah disebabkan Standard Operation Process bagi percetakan OFFSET adalah berbeza dan tertakluk kepada pihak pengurusan CN Cetak Niaga Sdn. Bhd. / HM Cetak Niaga Enterprise. Harap Maklum.
Dengan membuat tempahan di CN Cetak Niaga Sdn. Bhd. 202101004663 (1404962-H) / HM Cetak Niaga Enterprise (002856327-A), bermakna anda telah bersetuju dengan segala terma dan syarat yang telah ditetapkan dan termaktub di halaman ini dan wajib dipatuhi. Segala terma dan syarat yang telah ditetapkan mungkin berubah dari masa ke semasa. Jadi anda disarankan untuk meneliti dahulu terma dan syarat sebelum buat tempahan.
BERITA BAIK !!! SETIAP TEMPAHAN APA SAHAJA JENIS KALENDAR DAN SAMPUL RAYA 2023 KAMI ANDA LAYAK UNTUK CABUTAN BERTUAH
- Keputusan Cabutan Bertuah Akan Dibuat Secara LIVE Di Facebook Page Kami 'Cetak Niaga' Pada 13/4/2023.
- Cabutan Bertuah Ini Berlangsung Pada 25/9/2022 - 7/4/2023.
- Keputusan Pihak Kami Adalah Muktamad, Sebarang Surat Menyurat Tidak Akan Dilayan.
- Hadiah Tidak Boleh Di Tukar Dengan Wang Tunai & Kami Berhak Untuk Menukar Hadiah Tanpa Sebarang Notis.
- Semua Jenis Tempahan Kalendar Dan Sampul Raya 2023 Layak Untuk Menyertai Cabutan Bertuah Ini.
CARA-CARA UNTUK MEMBUAT TEMPAHAN SAMPUL RAYA DENGAN KAMI
1. WhatsApp/Email Kami
Hubungi Kami Melalui WhatsApp Atau Email Untuk Pertanyaan Berkenaan Tempahan Sampul Raya Dan Dapatkan Harga Dan Spesifikasi Dengan #teamsale.
2. Tempahan Dan Pembayaran
Setelah Anda Membuat Persetujuan Tempahan Dengan #teamsale Kami Pembayaran Deposit Mestilah Dibuat Terlebih Dahulu.
3. Design Dan Proses
Selepas Tempahan Telah Disahkan, #teamdesigner Kami Akan Menghubungi Terus Anda Untuk Tujuan Design Dan Terus Proceed Ke Production Selepas Design Confirmed.
4. Penghantaran Atau Pickup
Sebaik Sahaja Tempahan Siap Di Proses, Kami Akan Terus Packing Dan Pos Ke Alamat Anda Dengan Menggunakan Courier Atau Pickup Terus Di Syarikat Kami.
Team Sale Kami Bersedia 24 Jam Setiap Hari Bagi Membantu Anda Memilih Spesifikasi Sampul Raya Yang Sesuai
DAH SEDIA NAK BUAT TEMPAHAN SAMPUL RAYA 2023 ANDA ?
Untuk Deal Melalui Email, Sila Tekan Butang Merah Atau Isi Borang Pertanyaan Pada Ruangan Kosong Di Bawah. Kami Akan Reply Email Anda Pada Waktu Bekerja.
Cetaksampulraya.my Dimiliki Oleh CN Cetak Niaga Sdn. Bhd. Kami Menyediakan Perkhidmatan Percetakan Yang Menggunakan Teknologi Offset Dan Digital Seperti Sticker, Kalendar, Sampul Raya, Business Card, Flyers, Bill Book, Kotak Packaging, Rubber Stamp Dan Banyak Lagi.
- +6019-8777960 / +6019-8777968
- sales@cetakniaga.com
- https://www.cetakniaga.com
اَللهُمَّ اِنِّىْ اَسْأَلُكَ اَنْ تَرْزُقَنِىْ رِزْقًا حَلاَلاً وَاسِعًا طَيِّبًا مِنْ غَيْرِ تَعَبٍ وَلاَمَشَقَّةٍ وَلاَضَيْرٍ وَلاَنَصَبٍ اِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيْرٌ
“Ya Allah, aku meminta kepadamu akan pemberian rezeki yang halal, luas, baik tanpa kesusahan dan juga tanpa kemelaratan dan tanpa keberatan sesungguhnya Engkau maha berkuasa atas segala sesuatu”
Design With By Cetak Niaga
© 2023 – CN Cetak Niaga Sdn. Bhd.